Wednesday 30 September 2015

Daurah Miza Azzari : Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni (Bahagian 1)



Daurah Miza Azzari bersama Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni (Bahagian 1) pada 30 September 2015 di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.

Daurah Miza Azzari : Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni (Bahagian 2)

Daurah Miza Azzari : Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni (Bahagian 2) pada 30 September 2015 di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur

Baba Ismail Sepanjang Al Fathoni


Nama sebenar Baba Ismail Sepanjang ialah Ismail bin Omar. Beliau dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Ismail belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.

Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala dan Masjid Patani.

Ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.

Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, Baba Ismail membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini.

Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.

Antara kitab karangan buku Baba Ismail ialah “Mizan ad-Durari”, “Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir,hadis dan Qawaid. Selain itu,Baba Ismail telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.

Monday 28 September 2015

Talaqi Kitab Risalah Al Jami'ah Sheikh Imran Angullia Sesi 4 (28 Sept. 2015)


Talaqi Kitab Risalah Al Jami'ah bersama Sheikh Imran Angullia Sesi 4 (28 September 2015) di Al-Wariseen Trust, Kuala Lumpur.

Tuesday 22 September 2015

Monday 21 September 2015

Talaqi Kitab Risalah Al Jami'ah Sheikh Imran Angullia Sesi 3 (21 Sept. 2015)


Talaqi Kitab Risalah Al Jami'ah bersama Sheikh Imran Angullia Sesi 3 (21 September 2015) di Al-Wariseen Trust, Kuala Lumpur.

Sunday 20 September 2015

Tausiyah Habib Muhammad Haykal Alkhaneman



Tausiyah Habib Muhammad Haykal Alkhaneman pada 20 September 2015 di Masjid Al Irsyad, USJ 1, Subang Jaya, Selangor.

Ceramah Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki


Ceramah Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki di Masjid Alfalah USJ9, Subang Jaya, pada 20 September 2015

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah : Baba Li


Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bersama Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad (Baba Li) pada 20 September 2015 di Surau Alhakim,Subang Bestari.

Thursday 17 September 2015

Kitab Tauhid Sufi : Sheikh Rohimuddin (Bahagian 2)

Pengajian Kitab Tauhid Sufi Imam Arsalan Bersama Sheikh Rohimuddin Nawawi Al-Batani (Bahagian 2). 17 September 2015. Di Kajang, Selangor.

Kitab Tauhid Sufi : Sheikh Rohimuddin (Bahagian 1)

Pengajian Kitab Tauhid Sufi Imam Arsalan Bersama Sheikh Rohimuddin Nawawi Al-Batani (Bahagian 1). 17 September 2015 di Kajang Selangor.

Wednesday 16 September 2015

Pengajian Kitab At-Tajalliyat Bersama Sheikh Rohimuddin Al Bantani (Bahagian 2)


Pengajian Tauhid Sufi Bersama Sheikh Rohimuddin An Nawawi Al Bantani (Bahagian 2) Kitab At-Tajalliyat karangan al-Imam Muhyiddin Ibnu 'Arabi 16 September 2015

Pengajian Kitab At-Tajalliyat Bersama Sheikh Rohimuddin Al Bantani (Bahagian 1)



Pengajian Tauhid Sufi Bersama Sheikh Rohimuddin An Nawawi Al Bantani (Bahagian 1)
Kitab At-Tajalliyat karangan al-Imam Muhyiddin Ibnu 'Arabi
16 September 2015

Tuesday 15 September 2015

Sheikh Rohimuddin Al Bantani Kitab Iman Abd Wahab Asy Sya'rani (Bahagian 1)



Pengajian bulanan Tauhid Tasawwuf bersama Sheikh Rohimuddin An Nawawi Al Bantani 
Kitab Iman Abd Wahab Asy Sya'rani (Bahagian 1) 
15 September2015

Sheikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani.

Sheikh Rohimuddin bin Nawawi al-Bantani.

Sheikh Rohimuddin dilahirkan pada 8hb Oktober 1965 di Bekasi, Indonesia. Dan merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkenal di Mekah iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi al-Bantani atau Syaikh Nawawi Bantan.

Sheikh Rohimuddin mendapat pendidikan awalnya di Pesantren Cirebon Jawa Barat. Seterusnya di Pesantren Lirboyo. Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Universitas Syarif Hidayatullah di Jakarta. Kemudian beliau ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk meneruskan pengajiannya. Selain belajar secara formal, beliau juga belajar secara tidak formal dengan para ulama yang terkenal di Indonesia, Mekah dan Mesir.

Antara guru-guru beliau adalah:-

    Ayahanda beliau sendiri – Kiyai Nawawi
    Kiyai Maemun Zuber
    al-Marhum Kiyai Mahrus Ali
    al-Marhum Kiyai Umar Sholeh
    al-Marhum Kiyai Aqiel Siraj
    al-Marhum Kiyai Syadzeli
    al-Marhum Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani
    asy- Syaikh al-Habib Yusuf al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi
    Syaikh Umar Hasyim
    al-Marhum Syaikh Mutawalli Asy-Sya'rawi
    al-Marhum Syaikh Zaki Ibrahim
    Syaikh Ibrahim Al-Khuli
    Dr Saad Jawis
    al-Marhum Syaikh Gad al Haq
    Syaikh ‘Abdullah
    Syaikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Besar Mesir)
    Dan ramai lagi ulama’.

Sheikh Rohimuddin Al Bantani Kitab Iman Abd Wahab Asy Sya'rani (Bahagian 2)



Pengajian Bulanan Tauhid Tasawwuf bersama Sheikh Rohimuddin An Nawawi Al Bantani
Kitab Iman Abd Wahab Asy Sya'rani (Bahagian 2) pada 15 September 2015.

Monday 14 September 2015

Tuesday 1 September 2015

Syeikh Muda Dari Singapura - Syeikh Imran Angullia


Ustaz Imran Angullia dari Singapura memulakan pendidikan Islam di usia yang muda. Beliau telah menghadiri sesi talaqqi bersama Shaikh Mahmud Al-Khatib, Imam Yaqub daripada Jamiya, Ustaz Iqbal dan Sheikh Fuad Al-Khatib meliputi Hadith, Tafsir, Nahu, Pengetahuan pembersihan jiwa dan Perundangan (. Ustaz Imran menamatkan enam tahun pelajaran di Darul Mustafa Tarim di bawah pimpinan Al-Habib Umar Bin Hafidz dan Syaikh Umar bin Husain Alkhatib.

Ustaz Imran juga menamatkan  Cambridge GCE 'O' dan Pra-U Level dan mencapai anugerah pelajar terbaik selama 2 tahun berturut-turut di MADIWA di High Institude Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Ustaz Imran juga diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah MUIS (ARS) di Singapura. Beliau juga telah menghafal al-Quran pada tahun 2001.

Ustaz Imran pernah menjadi Imam solat terawih di Abdul Aleem Siddique. Beliau juga pernah mengiringi Habib Khahdim ke pelbagai negara seperti Malaysia, England, Wales & Scotland. Dia melakukan pelbagai program dakwah termasuk ke Denmark, Jerman, Perancis, Belanda dan Sweden. Beliau juga mewakili Singapura dalam  Hafalan dan Bacaan Quran Antarabangsa di Indonesia, Arab Saudi & United Arab Emirates.

Nikmat Mengingati Allah : Sheikh Imran Angullia



Tausiyah Sheikh Imran Angullia "Nikmat Mengingati Allah" pada 16 August 2015 di di Masjid Al Irsyad, USJ 1, Subang Jaya, Selangor.